Friday, November 26, 2010

Tips Study Fizik : 5S (Part 1)

1. SISIH

Setiap hari, selepas pulang, luangkan sedikit masa untuk SISIH barang yang perlu dan tidak perlu dalam beg sekolah anda. Barang yang tidak perlu untuk esok hari, keluarkan dari beg. Barang yang perlu, kekalkan dalam beg.

Pengalaman saya, dan kajian saya secara sepintas lalu, pelajar yang beg sekolahnya bersih, kemas dan teratur biasanya adalah pelajar cemerlang. Jadi, intai-intailah dalam beg sekolah anda setiap hari. Bersedia untuk esok hari (kena la rujuk jadual yer). Jangan main sangkut je beg sekolah time pagi, petangnya hempas kat katil, esok pulak digalas (mentang-mentang la takde homework).

Sekali lagi, jenguk-jenguk la dalam beg sekolah anda sebelum tidur, walaupun anda confident takde homework yang perlu dihantar esok, mana la tau kot-kot ada cicak atau tikus yang menumpang ke sekolah...

Jumpa lagi di bahagian kedua, SUSUN.

Che'Gu Fizik.